Ketika acara Nintendo Direct Mini hari ini, Nintendo dan Brace Yourself Games mengumumkan 3 DLC baharu akan tiba buat permainan Cadence Of Hyrule: Crypt Of NecroDancer yang DLC pertama akan dilancarkan hari ini.

Pek DLC pertama akan menyertakan 5 watak baharu iaitu Impa, Aria, Shadow Link, Shadow Zelda dan Frederick yang mana pemain boleh guna untuk sepanjang permainan ini.

DLC kedua pula akan menyertakan 3 muzik baharu dan DLC ketiga pula akan menyertakan penceritaan baharu yang memfokuskan watak Skull Kid di mana ia bukan sahaja akan menyertakan lokasi baharu malah kemahiran baharu.

Bagi anda yang berminat, permainan ini telah pun dilancarkan di konsol Switch melalui Nintendo eShop dan DLC pertama sudah pun boleh dibeli dengan harga $5.99(~RM26). Anda juga boleh dapatkan pas musim dengan harga $14.99(~RM64) yang mana ia akan menyertakan ketiga-tiga DLC secara bersama.

Nintendo juga mengumumkan pada 23 Oktober 2020 ini, mereka juga akan melancarkan versi fizikal permainan tersebut yang akan menyertakan kesemua DLC yang dilancarkan.

Sohor Kini