Setelah beberapa bulan kita tidak mendapat sebarang informasi berkenaan permainan seterusnya buat siri Shin Megami Tensei, hari ini ketika acara Nintendo Direct Mini, Nintendo dan Atlus akhirnya memperlihatkan satu video acah baharu buat Shin Megami Tensei V yang mana melaluinya mereka mengesahkan ia akan tiba tahun hadapan secara global.

Tidak banyak informasi yang dikongsikan namun berdasarkan video acah di atas, sekali lagi kita mungkin akan menggunakan watak seorang pelajar sekolah dan akan bertembung dengan pelbagai jenis musuh dari dunia lain seperti mana siri Shin Megami Tensei sebelum ini.

Menariknya, Nintendo menyatakan permainan ini akan tiba tahun hadapan secara serentak buat semua rantau, sekaligus ini semestinya satu pengumuman menarik dan seperti biasa kami akan mengemaskini sebarang informasi lanjut berkenaannya setelah ia diumumkan.

Sohor Kini