Skip to main content

Deadline melaporkan yang Netflix telah mengambil khidmat Joe Russo dan Anthony Russo untuk mengarah filem dengan bajet terbesar melalui filem The Gray Man yang merupakan adaptasi untuk novel berjudul sama oleh Mark Greaney yang dikeluarkan pada tahun 2009.

Filem ini akan diterbitkan oleh syarikat mereka berdua iaitu AGBO, dan akan ditulis oleh Joe Russo bersama dengan Christopher Markus dan Stephen McFeely yang merupakan penulis untuk filem Captain America dan Avengers.

The Gray Man merupakan filem aksi thriller di mana watak Gentry lakonan Ryan Gosling akan diburu oleh Llyod Hanses lakonan Chris Evans. Mereka merupakan bekas rakan sepasukan di CIA. Filem ini dikatakan permulaan untuk satu francais yang akan diketuai oleh watak Ryan Gosling dengan bajet sehingga $200 juta (RM825 juta).

Mereka merancang untuk memulakan penggambaran pada Januari tahun depan di Los Angeles dan kawasan luar negara masih tidak disahkan lagi. Filem ini juga dikatakan telah bermula oleh New Regency beberapa tahun lepas yang dibintangi oleh Brad Pitt dan arahan James Gray tetapi ia dibatalkan.

Menurut Joe Russo, dengan bajet sebesar itu, mereka ingin menghasilkan sesuatu yang dapat bersaing dengan filem-filem utama di pawagam.

Leave a Reply