Worms: Armageddon menyambut ulang tahun ke-21 permainan tersebut di mana ia dikeluarkan pada tahun 1999. Bersempena dengannya, Team 17 mengumumkan kemaskini v3.8 yang dibangunkan oleh pemain sendiri.

Melaluinya ia menyertakan pelbagai kemaskini yang antaranya meningkatkan fizik permainan, mempekenalkan pasukan yang dikawal oleh CPU untuk permainan secara dalam talian dan juga ‘Mapshot’ yang membolehkan pemain memulakan permainan di peta yang sudah digunakan sebelum ini. Ia juga meningkatkan prestasi di Windows 10 dan Linux.

Team 17 juga menyediakan satu video acah untuk kemaskini ini yang anda bolen tonton di bawah.

Mereka juga sebelum ini telah mengumumkan permainan baharu buat siri ini iaitu Worms Rumble yang menyertakan bentuk permainan lebih pantas dan penuh aksi. Sesi beta terutup sudah bermula dan akan berakhir hari ini, jika anda tidak berpeluang, anda boleh tonton kami mencubanya di video ini.

Kemaskini ini hadir untuk Worms Armageddon di konsol, PC dan juga peranti pintar.

Sohor Kini