Behaviour Interactive hari ini berkongsi mengenai perancangan mereka untuk menyertakan fungsi rentas platform dan juga rentas akaun bagi permainan 1v4 Dead by Daylight.

Fungsi rentas platform akan tiba untuk membolehkan pemain di kesemua platform iaitu PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC bermain bersama, pemain juga dapat mempunyai senarai rakan daripada platform berlainan. Pemain boleh memilih untuk menutup fungsi rentas platform.

Buat masa ini mereka masih tidak mempunyai tarikh yang tetap untuk fungsi tersebut tetapi mereka berharap ia adalah sebelum akhir tahun ini. Versi mudah alih juga tidak akan disertakan di dalam fungsi ini kerana ia menggunakan sistem yang berlainan.

Manakala untuk rentas akaun, yang membolehkan pemain menggunakan satu akaun sahaja untuk di beberapa platform, berkongsi kemajuan dan sebagainya akan turut tiba tetapi terhad kepada PC, Stadia dan Switch sahaja.

Dead by Daylight sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Versi permainan mudah alih juga dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Sohor Kini