Square-Enix hari ini melancarkan satu laman baharu yang memperlihatkan projek permainan seterusnya oleh mereka iaitu Balan Company.

Buat masa ini, tidak banyak informasi lain yang diumumkan namun berdasarkan laporan Siliconera, ia kelihatan adalah satu jenama permainan aksi yang akan dilancarkan di bawah jenama tersebut. Square-Enix juga menyatakan ia akan menyertakan pelbagai ahli profesional daripada pelbagai bidang dari dalam dan luar Square-Enix untuk menghasilkan projek ini.

Square-Enix menjanjikan mereka akan umum segala informasi lanjut berkenaannya kelak dan kami di Aksiz pasti akan melaporkannya setelah ia diumumkan secara rasmi.

Sohor Kini