Kemaskini: Spike Chunsoft mengumumkan hak milik penerbitan untuk siri Danganronpa secara rasmi.
Artikel Asal: NIS America hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membuang senarai jualan permainan digital buat siri Danganronpa melalui kedai atas-talian PSN Store menjelang September ini.
Menurut kenyataan rasmi, 4 permainan utama siri Danganronpa yang diterbitkan oleh mereka, tidak algi akan disenaraikan bermula pada 31 Ogos 2020 untuk Danganronpa Another Episode: Ultra Despair Girl buat PlayStation Vita sehinggalah Danganronpa V3: Killing Harmony di PlayStation Vita dan PlayStation 4 pada 25 September 2020 ini.
Kami percaya sebab mengapa ia dibuang adalah permainan tersebut kemudian akan diterbitkan semula oleh Spike Chunsoft iaitu pembangun permainan tersebut seperti mana mereka terbitkan permainan Danganronpa 1.2 Reloaded.
Pada masa yang sama, seperti yang dijanjikan oleh Spike Chunsoft sebelum ini, permainan kedua Danganronpa 2: Goodbye Despair Anniversary Edition buat peranti iOS dan Android juga diumumkan akan dilancarkan pada 20 Ogos ini.