Degica Games hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan aplikasi menghasilkan permainan video iaitu RPG Maker MZ di PC melalui Steam pada 21 Ogos 2020 ini.
Menariknya, aplikasi ini juga boleh dibeli melalui laman rasmi RPG Maker Web dan berdasarkan kenyataan rasmi Degica Games, ia akan dijaul dengan harga $79.99(~RM342).
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri RPG Maker, ia merupakan satu aplikasi dalam bentuk permainan yang mana pemain berupaya untuk menghasilkan permainan RPG mereka tersendiri. Melalui versi terkini ini, Degica Games menyatakan mereka akan menyertakan pelbagai kandungan baharu termasuklah fungsi lapisan peta yang pernah digunakan di RPG Maker XP sebelum ini.
Selain itu, seperti biasa versi terkini aplikasi ini juga akan menyertakan pelbagai asset-asset watak, muzik latar, latar belakang baharu dan sebagainya yang pemain boleh gunkan untuk menghasilkan permainan mereka sendiri.
Bagi anda yang berminat, ia akan tiba dilancarkan pada Ogos ini. Manakala siri RPG Maker sebelum ini juga telah pun dilancarkan di pelbagai platform.