Skip to main content

Setelah melancarkan kemaskini baharu buat No Man’s Sky sebelum ini, Hello Games kini meneruskan lagi kandungan seterusnya buat permainan tersebut melalui kemaskini Desolation, di mana mereka menyertakan pelbagai kandungan baharu.

Antara kandungan baharu adalah keupayaan pemain untuk terokai bangkai-bangkai kapal angkasa di mana di dalamnya, lokasi bangkai tersebut akan dijana secara kendiri dan akan menyertakan pelbagai lokasi berbahaya termasuklah makhluk asing yang akan menyerang anda.

Menariknya, berdasarkan video acah di atas, kemaskini tersebut juga kelihatan seakan satu permainan seram yang mana menurut Hello Games, mereka juga mengemaskini beberapa aspek pencahayaan permainan ini yang menjadikan ia lebih menawan, dan mungkin lebih menggerunkan buat sesetengah lokasi.

Terdapat pelbagai lagi kemaskini tambahan lain yang anda boleh lihatnya sendiri di laman rasmi permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat, permainan ini juga ditawarkan dengan diskaun sebanyak 50% di Steam yang mana anda boleh beli dengan hanya RM52.50 sahaja. No Man’s Sky telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC di mana kemaskini ini adalah percuma untuk semua pemilik permainan ini.

Leave a Reply