Seperti diumumkan pada minggu lepas, Epic Games Store akhirnya menawarkan Torchlight 2 sebagai permainan percuma mingguan mereka. Pemain boleh menebus-nya bermula sekarang sehingga 30 Julai.

Torchlight 2 merupakan permainan aksi RPG di mana pemain akan melalui pelbagai peringkat yang direka secara rawak. Ia dibangunkan oleh Runic Games dan diterbitkan untuk PC pada tahun 2012 sebelum turut tiba untuk konsol pada tahun 2019. Ia boleh dimainkan secara solo dan juga multi-pemain.

Selepas tawaran ini berakhir, Epic Games Store akan menawarkan dua pula permainan percuma iaitu Next Up Hero dan Tacoma.

Epic Games Store: Torchlight 2

Sohor Kini