Informasi Permainan Video Terkini
Netflix Dilaporkan Telah Menempah Musim Kedua Untuk Siri TV Space Force

Netflix Dilaporkan Telah Menempah Musim Kedua Untuk Siri TV Space Force

Diterbitkan pada July 16, 2020 oleh .

Space Force adalah siri TV bajet tinggi dari Netflix yang dihasilkan oleh Greg Daniels dan Steve Carell. Mereka berdua adalah yang bertanggungjawab dalam sitkom komedi The Office yang sangat menggelikan hati dan ramai sangkakan Space Force adalah penggantinya. Tetapi selepas ia disiarkan, jelas sekali ia bukannya pengganti The Office – tetapi adalah siri TV menarik yang lucu sekali lagi komedi klasik dari Steve Carell.

Selepas musim pertama tamat disiarkan, tiada kepastian bila musim kedua akan diteruskan kerana laporan menyatakan yang Greg Daniels sibuk dengan projek lain. Terkini, Whats On Netflix telah melaporkan yang sumber dipercayai mengesahkan yang Netflix telah menempah musim kedua bagi Space Force. Walaupun siri TV ini menerima banyak kritikan, selepas dua hari siaran – Space Force memasuki carta kandungan yang kerap ditonton.

Sayang sekali, masih tiada tarikh bila ia akan disiarkan. Dengan Amerika Syarikat yang masih mempunyai had penggambaran kerana Covid-19, kita boleh jangkakan yang siri TV ini hanya akan hadir pada tahun 2021 atau mungkin 2022 – apa-apa pun sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN