Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Video Acah Project Power – Satu Pil, 5 Minit Kuasa Adiwira

Ini Adalah Video Acah Project Power – Satu Pil, 5 Minit Kuasa Adiwira

Diterbitkan pada July 16, 2020 oleh .

Semalam di Facebook Aksiz kami telah mengacah tiga poster watak untuk filem Netflix akan datang, Project Power. Filem ini menyertakan pelakon seperti Jamie Foxx, Joseph Gordon-Levitt dan juga Dominique Fishback. Ketika itu apa yang kami tahu adalah, filem ini adalah filem adiwira yang unik dan lain daripada yang lain. Setiap watak akan memakan satu pil dan akan mempunyai kuasa selama lima minit. Hari ini, video acah bagi filem ini diterbitkan.

Berdasarkan video acah, pil yang memberikan setiap watak ini kuasa diedarkan dari satu organisasi penjenayah – yang mana mereka ingin menguji manusia biasa agar dapat memiliki kuasa luar biasa. Jadi, pil ini akan diedarkan kepada ramai orang tidak kira yang baik atau yang jahat dan akan ada adiwira dan penjenayah. Idea organisasi ini adalah mencari siapa yang paling sesuai dan menstabilkan kuasa mereka kerana ingin dijadikan jenayah. Tonton sahaja video acah ini, saya sudah berminat untuk saksikannya dan tidak sabar.

Project Power mengisahkan pil bereksperimen yang tidak diketahui apakah kuasanya, sehingga ia dimakan. Ada kuasa kalis peluru, lutsinar, adi-kuat ada juga yang akan mati. Pil ini diedarkan seakan edaran dadah menjadikan kes jenayah di bandar meningkat dan watak polis lakonan Joseph Gordon-Levitt akhirnya membuat perjanjian dengan pengedar dadah remaja Dominique Fishback bersama-sama dengan bekas askar yang berdendam Jamie Foxx untuk menghentikan organisasi yang mengedar pil kuasa ini.

Filem ini hanya akan disiarkan pada Netflix Malaysia bermula 14 Ogos ini, sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN