Informasi Permainan Video Terkini
Tertiris: Ini Adalah Senarai Pelakon & Sinopsis Filem Olahan Semula Home Alone
Artikel Berkaitan

Tertiris: Ini Adalah Senarai Pelakon & Sinopsis Filem Olahan Semula Home Alone

Diterbitkan pada July 16, 2020 oleh .

Home Alone adalah filem yang sangat saya minat pada suatu ketika dahulu. Berulang kali saya tonton kedua-dua filem ini, tetapi yang ketiga kurang sedikit. Ini kerana lakonan Macaulay Culkin adalah lucu, menarik dan menggelikan hati. Filem ini ditayangkan pada tahun 1990 dan sekuel pada tahun 1992, ia sudah 30 tahun dan saya masih ingat beberapa adegan dari filem ini.

Disney ada merancang untuk hadir dengan filem olahan semula Home Alone untuk Disney+, tetapi masih tiada butiran lagi. Baru-baru ini, tertiris senarai pelakon dan juga sinopsis bagi filem ini. Kenan Thompson (Saturday Night Live), Ally Maki (Toy Story 4), Chris Parnell (Archer), Archie Yates (JoJo Rabbit), Rob Delaney (Deadpool 2) dan Ellie Kemper (The Office) adalah antara pelakon dan filem ini.

Ia mengisahkan Max, iaitu seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang mencuri satu patung kaca dari pasangan suami isteri. Max mempunyai karakter yang nakal dan bertenaga, mudah berinteraksi dengan yang dewasa, menjengkelkan dan mudah berasa bersalah dan baik hati seperti watak Kevin McCallister dalam filem asal Home Alone.

Disebabkan Covid-19, penggambaran filem ini telah ditunda bersama-sama dengan filem The Little MermaidThe Last Duel, Nightmare Alley, and Peter Pan & Wendy dan Shrunk. Apakah pendapat anda tentang senarai pelakon dan sinopsis filem ini? Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN