Skip to main content

Bulan lepas, kami laporkan yang filem SpongeBob: Sponge On The Run tidak akan ditayangkan di pawagam akibat Covid-19. Walaupun sudah ditunda dari satu tarikh ke tarikh lain, akhirnya tayangan terus dibatalkan dan akan berpindah ke siaran melalui platform penstriman video di bawah CBS All Access, ViacomCBS.

Nampaknya peminat span kuning lucu ini akan berpeluang menonton filem ini, lagi-lagi yang dari Malaysia – kerana Netflix menerima hak penyiaran untuk pasaran global. Walau bagaimanapun tarikh siaran masih tidak diumumkan, tetapi besar kemungkinan ia hanya akan disiarkan pada awal tahun 2021. Untuk tahun ini, ia masih dihadkan kepada paltform CBS All Access terlebih dahulu.

Ini adalah satu berita menarik, kerana saya sendiri minat dengan SpongeBob dan hampir semua episodnya telah saya tonton ketika zaman sekolah. Cuma, untuk nantikan sehingga 2021 agak lama. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply