Skip to main content

Human Fall Flat merupakan permainan tekaria solo dan juga koperasi yang dibangunkan oleh No Brakes Games serta diterbitkan oleh Curve Digital. Ia pertama kali dikeluarkan pada Julai 2016 yang menjadikan bulan ini mereka menyambut ulang tahun yang ke-4.

Bersempena dengan sambutan tersebut, mereka telah mengumumkan versi fizikal buat permainan tersebut untuk PlayStation 4, Xbox One dan juga Switch. Ia adalah Anniversary Edition yang menyertakan kesemua kandungan tambahan dikeluarkan setakat ini.

Ia diumumkan akan tiba pada bulan September ini untuk pasaran AS dan Eropah akan tetapi ia mungkin juga akan dibawa oleh kedai permainan video tempatan.

Leave a Reply