Atelier Ryza: Ever Darkness & the Secret Hideout merupakan siri baharu untuk permainan JRPG Atelier di mana ia dikeluarkan pada 29 Oktober tahun lepas dan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan 420 ribu unit terjual pada April lepas iaitu satu rekod untuk siri ini.
Oleh itu, tidak mengejutkan jika Koei Techmo sudah mempunyai perancangan untuk permainan susulan. Walaupun tidak diumumkan secara rasmi, akan tetapi Atelier Ryza 2: Lost Legends & the Secret Fairy telah tersenarai di agensi penarafan Australia.
Dengan kata lain, pengumuman rasmi untuk permainan susulan tersebut boleh dijangkakan akan dilakukan tidak lama lagi. Tanpa pengumuman rasmi tidak disahkan platform yang ia akan tiba, tetapi mengikut permainan sebelum ini ia tiba untuk PlayStation 4, Switch dan PC.