Microsoft hari ini mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam Xbox Game Pass untuk PC dan juga konsol. Antara permainan tersebut adalah Yakuza Kiwami 2 seperti yang diumumkan sebelum ini dan juga Carrion yang merupakan permainan baharu.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan tiba;

  • Forager (Xbox One dan PC) – 16 Julai
  • Mount & Blade: Warband (Xbox One) – 16 Julai
  • Carrion (Xbox One dan PC) – 23 Julai
  • Golf with Your Friends (PC) – 23 Julai
  • Grounded (Xbox One dan PC) – 28 Julai
  • Nowhere Prophet (Xbox One dan PC) – 30 Julai
  • The Touryst (Xbox One dan PC) – 30 Julai
  • Yakuza Kiwami 2 (Xbox One dan PC) – 30 Julai

Selain itu, mereka juga telah menyertakan 3 permainan berikut Endless Space 2 dan Halo 3 untuk PC serta Neon Abyss untuk Xbox One dan juga PC. Manakala untuk pengurangan pula, pada 31 Julai 3 permainan ini akan dikeluarkan daripada penawaran iaitu Ashes Cricket, RiME dan The Banner Saga 3.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini