Ooblets merupakan permainan simulasi berkebun dan juga permainan menangkap mahkluk magis yang dinamakan sebagai Ooblets. Bagi berkebun anda boleh bercucuk tanam makanan ataupun Ooblets sendiri.
Hari ini, Glumberland akhirnya melancarkan permainan tersebut secara akses awal di PC melalui Epic Games Store dan juga untuk Xbox One selepas 4 tahun pembangunan.
Anda boleh dapatkannya dengan harga $9.59 (~RM40) di Epic Games Store ataupun $19.99 (~RM80) untuk Xbox One iaitu potongan sebanyak 20% sehingga 23 Julai 2020.
Pada tahun lepas, mereka telah menerima kritikan oleh sesetengah pemain kerana membuat keputusan untuk mengeluarkan secara eksklusif di Epic Games Store, di mana kami sendiri berpendapat ia sepatutnya tidak menjadi satu masalah.