Blizzard hari ini mengumumkan acara masa terhad untuk permainan menembak Overwatch iaitu Sigma’s Maestro Challenge kini sudah bermula sehingga 28 Julai untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Melalui acara ini, pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai ganjaran masa terhad seperti ikon pemain, emote, penyembur dan juga kostum legendary.

Pemain boleh mendapatkan kesemua ganjaran tersebut dengan memenangi sejumlah sesi perlawanan tidak kira melalui mod Quick Play, Competitive Play ataupun Arcade. Berikut adalah jumlah yang anda perlu menang;

  • 3 Kemenangan – 1 ikon pemain
  • 6 Kemenangan – 1 emote
  • 9 Kemenangan – 1 skin Legendary: Maestro Sigma

Selain itu anda juga berpeluang untuk mendapatkan penyembur dengan menonton penstriman permainan ini di Twitch, jumlah penyembur yang anda peroleh bergantung kepada jumlah jam tontonan;

  • 2 Jam Tontonan – 1 Penyembur
  • 4 Jam Tontonan – 2 Penyembur
  • 6 Jam Tontonan – 3 Penyembur

Untuk memastikan anda memperoleh penyembur tersebut, pastikan anda sambungan akaun Blizzard anda dengan Twitch.

Anda boleh tonton video di bawah untuk maklumat lanjut mengenai acara masa terhad ini.

Selain itu, Blizzard juga mengumumkan muzik latar untuk setiap peringkat/bandar di dalam Overwatch juga kini hadir ke platform penstriman muzik seperti Youtube, Apple Music dan juga Spotify.

Overwatch sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Blizzard juga sebelum ini telah mengumumkan Overwatch 2 sedang dibangunkan.

Sohor Kini