PUBG Corporation minggu ini telah mengumumkan yang permainan PUBG untuk PC dan konsol telah terjual sebanyak 70 juta unit sejak dikeluarkan secara akses awal pada tahun 2017.

Jumlah ini tidak termasuk versi mudah alih ataupun versi Lite yang ditawarkan secara percuma. PUBG juga dikeluarkan untuk Stadia, dan disertakan secara percuma kepada pemilik Stadia Pro, tidak disahkan jika jumlah tersebut turut menyertakan pemain di platform Google itu.

PUBG walaupun bukanlah yang terawal membawa genre pertempuran royale, namun, ia boleh dikatakan menjadi pencetus kepada lambakan permainan genre sama termasuk juga Fortnite.

Sudah dikeluarkan sejak 3 tahun lepas akan tetapi ia masih lagi satu permainan yang popular dengan purata pemain pada satu masa melebihi 200 ribu di Steam.

Sohor Kini