Melalui laporan Bloomberg, Sony Interactive Entertainment mengumumkan yang mana mereka akan tingkatkan produksi pengeluaran PlayStation 5 di mana mereka menyasarkan untuk mengeluar sebanyak 10 juta konsol menjelang penghujung tahun ini.

Menurut mereka, pembuatan PlayStation 5 sudah bermula sejak Jun lepas di mana mereka menjangkakan 5 juta unit akan siap dibina sekitar penghujung September dan lagi 5 juta antara bulan bulan Oktober sehingga Disember. Selain itu, mereka juga akan tingkatkan pengeluaran alat kawalan Dualsense yang mana sebelum ini mereka menjangka sebanyak 10 juta unit dan kini ia juga turut akan ditingkatkan pengeluarannya.

Dengan kenyataan ini, semestinya Sony tidak lagi mengehadkan pengeluaran konsol generasi seterusnya itu atas sebab permintaan yang tinggi di kalangan pemain terutamanya di saat wabak koronavirus (Covid-19) yang sedang menular ini.

Walaupun begitu, laporan tersebut juga menyatakan yang mana walaupun pembuatan konsol PlayStation 5 akan ditingkatkan, Sony mungkin tidak akan berupaya untuk memasarkan dengan jumlah yang tinggi atas sebab wabak koronavirus masih lagi menjejaskan proses penghantaran.

Dengan pengeluaran yang ditingkatkan ini, kita mungkin dapat lihat jualan konsol PlayStation 5 yang dijangka untuk tiba penghujung tahun ini akan menjadi lebih mudah untuk membelinya kelak. Akan tetapi dengan masalah wabak yang masih lagi menular dicampur pula dengan permintaan yang sangat tinggi, kami di Aksiz sendiri juga tidak boleh menjangka bagaimana keadaan pasaran konsol generasi seterusnya menjelang hujung tahun ini.

Sohor Kini