Lanjutan daripada pra-pendaftaran untuk permua Game Of Thrones: Winter Is Coming bulan lepas, hari ini Yoozo dan Warner Bros. interactive Entertainment akhirnya mengumumkan bahawa permua tersebut akan dilancarkan secara rasmi buat pasaran Malaysia pada 21 Julai 2020 ini.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Game Of Thrones: Winter Is Coming merupakan permua rasmi berdasarkan siri tersebut di mana ia memfokuskan bentuk permainan strategi di mana pemain perlu mengumpul kelengkapan untuk membina dan menyerang pangkalan. Menariknya juga, permainan ini juga akan menyertakan pelbagai watak-watak daripada siri tersebut seperti Daenerys Targaryen, Jon Snow dan sebagainya.
Bagi anda yang berminat, anda boleh membuat pra-pendaftaran melalui pautan di bawah dan bermainnya terus apabila ia dilancarkan minggu hadapan.
[info] Pra-Pendaftaran iOS: Game Of Thrones: Winter Is Coming [/info] [info] Pra-Pendaftaran Android: Game Of Thrones: Winter Is Coming [/info]