Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, Capcom dan Netflix akhirnya akan melancarkan siri animasi Dragon’s Dogma secara rasmi pada 17 September 2020 buat tayangan global.

Siri animasi Netlflix Dragon’s Dogma ini akan memfokuskan pengembaraan seorang lelaki, Ethan di mana beliau bertembung dengan seekor naga yang setelah 100 tahun mula muncul. Untuk menyelamat keluarganya, jantung Ethan diambil oleh Naga tersebut dan beliau meninggal dunia. Namun Ethan kemudian dihidupkan semula sebagai “Arisen” dan perlu mengembara bersama Hannah untuk mendapatkan semula jantung beliau.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, siri animasi ini dihasilkan oleh Sublimation iaitu studio animasi yang terkenal dengan animasi CG dan menghasilkan pelbagai siri anime seperti Walking Meat, Shikizakura dan sebagainya.

Dragon’s Dogma pula merupakan siri permainan dunia terbuka RPG oleh Capcom yang sangat terkenal dan ianya juga di arah oleh Hideaki Itsuno, iaitu juga pengarah untuk siri Devil May Cry. Capcom sebelum ini juga melancarkan permainan pernambah-baikkan buat siri ini iaitu Dragon’s Dogma: Dark Arisen yang mana telah pun terjual melebihi 5 juta salinan secara menyeluruh.

Bagi anda yang berminat untuk menonton siri animasi ia akan tiba September ini buat semua tayangan global.

Sohor Kini