Skip to main content

EA dan Final Strike Games hari ini akhirnya melancarkan permainan Rocket Arena secara rasmi di konsol dan PC.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Rocket Arena memfokuskan bentuk permainan penembak pandang ketiga sebanyak 3 lawan 3 di mana kesemua watak mempunyai senjata Roket. Permainan ini juga menyertakan beberapa jenis watak yang mana setiap satunya mempunyai kemahiran berbeza.

Selain itu, Final Strike Games juga memperlihatkan kandungna musim pertama buat permainan ini yang mana ia akan bermula pada 28 Julai 2020 ini. Melaluinya, ia akan menyertakan pelbagai kandungan baharu seperti watak dan peta baharu yang pemain boleh mainkan.

Final Strike Games juga menjajikan pelbagai kandungan akan tiba di mana setiap musim akan diadakan setiap 3 bulan dan menyertakan pelbagai kandungan baharu setiap musim.

Bagi anda yang berminat, Rocket Arena boleh dibeli di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Origin dan Steam dengan harga bermula RM119.

Leave a Reply