Dengan pelancaran konsol PlayStation 5 yang semakin hampir pada penghujung tahun ini, tampak Sony Malaysia hari ini telah pun mendaftar produk elektronik alat kawalan PlayStation 5 iaitu Dualsense secara rasmi.
Berdasarkan pendaftaran yang telah disahkan oleh Sirim tersebut, alat kawalan Dualsense mempunyai kod nama CFI-ZCT1G dan kami mendapati kod tersebut juga adalah sama dengan kod alat kawalan Dualsense di laman pendaftaran lain.
Semestinya dengan pendaftaran dan pengesahan ini, alat kawalan tersebut kelihatan bersedia untuk dipasarkan pada penghujung tahun ini dan kami percaya konsol PlayStation 5 sendiri juga mungkin akan didaftar dalam masa terdekat ini.
Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan alat kawalan tersebut anda boleh ke artikel di bawah.