Musim baharu untuk PUBG Mobile akan bermula tidak minggu ini, seperti biasa ia akan menyertakan Royal Pass baharu dengan pelbagai barangan yang boleh didapati oleh pemain.

Namun, bagi pemain di peranti Android, Tencent dan Google telah menyertakan sistem langganan baharu untuk Royal Pass iaitu Royal Pass Prime. Melaluinya ia akan memberi tambahan ganjaran kepada pemain. Terdapat dua kategori iaitu Royal Pass Prime dan Royal Pass Prime Plus.

Bagi pelanggan Royal Pass Prime dengan bayaran langganan $4.99 (~RM21) sebulan, pemain akan mendapat 300UC serta 100 RP Points setiap bulan dan potongan 10% untuk menggunakan RP Points.

Manakala Royal Pass Prime Plus dengan bayaran langganan $12.49 (~RM53) sebulan, pemain akan mendapat 900UC serta 100 RP Points setiap bulan dan potongan 10% untuk menggunakan RP Points.

Anda boleh melanggannya dengan pembayaran setiap bulan, ataup setiap bulan dan juga setiap setahun yang mempunyai diskaun tersendiri. Anda boleh tonton video lanjut mengenai sistem ini di bawah.

Buat masa ini, sistem ini hanya untuk pemain di peranti Android sahaja. Adakah anda akan melanggan Royale Pass Prime ini?

Sohor Kini