Informasi Permainan Video Terkini
Honor Menganjurkan Kejohanan Esukan Clash Royale – Pendaftaran Dibuka Sehingga 22 Julai

Honor Menganjurkan Kejohanan Esukan Clash Royale – Pendaftaran Dibuka Sehingga 22 Julai

Diterbitkan pada July 13, 2020 oleh .

Honor Malaysia hari ini mengumumkan selepas permintaan ramai mereka sekali lagi membawa kejohanan esukan Clash Royale iaitu Game Palace Tournament yang akan dianjurkan sebanyak 4 kali setiap hari Jumaat iaitu pada 24 Julai, 31 Julai, 7 Ogos dan 14 Ogos setiap 9 malam.

Setiap minggu, pemenang tempat pertama akan membawa pulang Honor 9X Lite, manakala tempat kedua Honor Bluepooth Earphone dan tempat ketiga Honor Bluetooth Spekaer

Untuk mendaftar anda perlu mencipta akaun di forum rasmi Honor, log masuk dan meninggalkan komen #HONORGAMEPALACE2020CLASHROYALE di penulisan tersebut. Kemudian anda perlu mengisi borang pendaftaran ini.


TIPS & ULASAN