Bersempena dengan Ubisoft Forward, di mana Ubisoft telah melakukan pelbagai pengumuman untuk senarai permainan baharu mereka iaitu antaranya Watch Dogs Legions, Assassin’s Creed Valhalla, Far Cry 6 dan lain-lain lagi. Mereka telah menganjurkan jualan promosi untuk permainan tersedia mereka di Uplay dan juga Epic Games Store. Anda juga boleh tebus Watch Dogs 2 secara percuma.
Berikut adalah senarai permainan yang ditawarkan dengan potongan besar;
Harga di atas adalah untuk pembelian melalui Uplay, Epic Games Store turut menganjurkan jualan promosi yang sama tetapi kerana menggunakan mata wang Dollar ia sedikit lebih mahal.
Jika anda ingin bersedia sebelum bermain permainan-permainan baharu yang diumumkan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan-permainan tersedia dengan lebih murah.
Selain itu, bagi yang tidak berkesempatan untuk menonton penstriman Ubisoft Forward, anda tampaknya boleh mendapatkan Watch Dogs 2 secara percuma melalui pautan kami sertakan di bawah.
Uplay: Watch Dogs 2 Percuma
Uplay: Jualan Promosi Ubisoft
Epic Games Store: Jualan Promosi Ubisoft