Informasi Permainan Video Terkini
Katrij Permainan Super Mario Brothers Menjadi Permainan Paling Mahal Yang Dilelong

Katrij Permainan Super Mario Brothers Menjadi Permainan Paling Mahal Yang Dilelong

Diterbitkan pada July 13, 2020 oleh .

Di Amerika Syarikat, industri pengumpulan barang-barang antik dan berunsurkan nostalgia adalah sangat besar sekali. Terkini, ia telah dilaporkan bahawa sebuah katrij permainan Super Mario Brothers telah dilelong pada harga yang sangat tinggi.

Permainan tersebut, yang dilelong melalui Heritage Auctions baru-baru ini telah dijual pada harga $114,000 (~RM485,000) yang menjadikannya permanan yang paling bernilai di dunia.

Katrij permainan tersebut, yang bukan sahaja berada dalam keadaan sempurna tetapi juga mempunyai markah penilaian 9.4 daripada syarikat penilaian permainan Wata Games.

Menariknya, katrij permainan paling mahal yang dilelong sebelum ini juga adalah katrij permainan Super Mario Brothers yang dijual pada harga $100,150, tetapi apa yang membuatkan kartrij yang dilelong ini lebih mahal berbanding sebelum ini ialah ia adalah salah satu daripada katrij asal tahun 1987 yang masih mempunyai tab kertas yang sempurna.


TIPS & ULASAN