Informasi Permainan Video Terkini
Ujian Beta Tertutup Permua NieR Re[in]carnation Akan Bermula Pada 29 Julai

Ujian Beta Tertutup Permua NieR Re[in]carnation Akan Bermula Pada 29 Julai

Diterbitkan pada July 13, 2020 oleh .

Beberapa bulan lalu, Square-Enix telah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan permua terbaru mereka yang dibangunkan berdasar dunia Nier, iaitu NieR Re[in]carnation.

Terkini, mereka telah mengumumkan bahawa pendaftaran untuk ujian beta tertutup permua tersebut kini dibuka sehingga 26 Julai. Ujian beta tertutup tersebut akan dimulakan pada 29 Julai sehiingga 5 Ogos kelak.

Seramai 20,000 penyertaan akan diterima secara rawak. Kumpulan ini akan dipecahkan kepada 10,000 peserta untuk platform Android, dan 10,000 lagi untuk platform iOS.

Square-Enix juga telah mengemaskini laman web NieR Re[in]carnation dengan maklumat tambahan mengenai permua tersebut. Pendaftaran beta tertutup ini hanya dibuka untuk penduduk Jepun dan pelanggan kedai atas-talian Square-Enix, tetapi anda boleh mencuba nasib anda di pautan ini.


TIPS & ULASAN