Skip to main content

Deadline hari ini melaporkan yang Sony telah menunda filem Monster Hunter yang dibintangi oleh Milla Jovovich dan Tony Jaa ke bulan April tahun hadapan berbanding 4 September tahun ini.

Alasan yang dinyatakan adalah beberapa negeri di Amerika Syarikat mungkin akan kembali perintah kawalan pergerakan dan pawagam tidak akan dibuka. Oleh itu, kebanyakan filem yang sepatutnya ditayangkan pada bulan ini dan bulan depan, akan di bawa ke bulan September dan seterusnya.

Walaupun sepatutnya dikeluarkan beberapa bulan lagi, tetapi buat masa ini filem ini masih tidak menerima sebarang video acah rasmi selain yang tertiris sebelum ini.

Leave a Reply