My Time at Portia merupakan permainan RPG yang menyertakan elemen membina dan berkebun, semasa percubaan kami, ia adalah satu permainan yang boleh membuatkan anda ketagih.
Pathea Games semasa acara TapTap 2020 Games Conference, telah mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan untuk iOS dan juga Android, akan tetapi buat masa ini sekadar untuk pasaran China.
Di dalam permainan ini, anda akan menjadi Marco ataupun Linda bergantung kepada jantina pilihan, di mana ayah anda meninggalkan bengkel di Portia, dan anda perlu membina pelbagai barangan untuk kegunaan sendiri dan juga orang kampung sambil membongkar misteri tempat tersebut.
My Time at Portia sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.