Seperti yang tertiris sebelum ini, ketika acara Ubisoft Forward, Ubisoft mengumumkan secara rasmi permainan Far Cry 6 akan dilancarkan di pada 18 Februari 2021 ini.
Menurut mereka, permainan tersebut akan tiba di konsol PlayStatio 5, PlayStation 4, XBox One, Xbox Series X, PC melalui Epic Games Store dan Uplay bersama dengan versi Stadia. Menurut Ubisoft, bagi mereka yang mendapatkan versi PlayStation 4 ataupun Xbox One, mereka boleh menaik-taraf ke versi konsol generasi seterusnya tanpa sebarang kos tambahan.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, pemain untuk bermain sebagai Dani Rojas, seorang pahlawan gerila dan ia kelihatan bertempatkan di bandaraya Yara. Melaluinya, bandaraya tersebut diketuai oleh diktator Anton Castillo yang dilakonkan oleh Giancarlo Esposito.
Menariknya, sebagai Dani Rojas, pemain berupaya untuk memilih sama ada pemain ingin menjadi watak lelaki mahupun wanita dan seperti permainan Far Cry sebelum ini, Far Cry 6 akan menyertakan dunia yang meluas dan pemain akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh sebagai pahlawan Gerila.
Seperti biasa, Far Cry 6 juga menyertakan pelbagai edisi yang pemain boleh pra-tempah di mana bermula dengan edisi biasa sehinggalah ke edisi terhad yang menyertakan replika khas senjata penyembur api Tastador yang bersaiz sehingga 72cm. Untuk senarai penuh edisi tersebut anda boleh ke laman rasmi permainan ini.
Selain itu, Ubisoft juga berkongsi satu video temu bual khas bersama Giancarlo Esposito yang mana beliau berkongsi beberapa aspek ketika lakonan menjadi watak Anton bersama dengan Anthony Gonzalez yang menjadi watak anaknya, Diego.