Skip to main content

Ketika acara Ubisoft Forward sebentar tadi, seperti yang tertiris sebelum ini, tarikh pelancaran Assassin’s Creed Valhalla diumumkan secara rasmi di mana ia akan tiba pada 17 November 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC melalui Epic Games Store, Uplay dan juga Stadia.

Menurut Ubisoft, permainan ini juga akan tiba di konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X, namun tarikh pelancarannya tidak diumumkan.

Melalui acara Ubisoft Forward sebentar tadi, Ubisoft juga memperlihatkan bentuk permainan dengan lebih terperinci di mana pemain akan bermain sebagai Eivor di mana pemain boleh memilih untuk bermain sebagai lelaki mahupun perempuan dan pengembara di England untuk meneruskan hidup dari Norway. Melaluinya, pemain akan temui pelbagai musuh dan pada masa yang sama memburu dan membina perkampungan pemain untuk membina komuniti “Viking” di negara tersebut.

Menariknya, Ubisoft juga berkongsi satu video khas yang mempamerkan bentuk permainan dengan lebih terperinci selama 30 minit di mana kami percaya ia adalah jawapan untuk bentuk permainan yang diperlihatkan sebelum ini ketika acara Xbox yang agak mengecewakan.

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan Assasssin’s Creed Valhalla, permainan tersebut sudah boleh dipra-tempah melalui pengedar rasmi permainan tersebut dan juga di kedai atas-talian rasmi Ubisoft di Shopee di mana ia menawarkan pelbagai versi termasuklah edisi terhad yang dijual dengan harga RM799. Manakala edisi biasa akan dijual dengan harga bermula RM249.

Leave a Reply