Hyper Scape merupakan permainan pertempuran royale seterusnya oleh Ubisoft di mana ia sebelum ini dilancarkan untuk beberapa rantau sahaja di PC.

Kini, ketika acara Ubisoft Forward, Ubisoft akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan tersebut kini boleh dimuat-turun secara percuma buat semua pemain melalui akses beta terbuka.

Buat masa ini, ia hanya boleh dimuat-turun melalui Uplay di mana anda hanya perlu ke laman rasmi permainan tersebut melalui aplikasi tersebut dan terus memuat-turunnya untuk bermainnya.

Seperti yang kami laprokan sebelum ini, Hyper Scape merupakan permainan pertempuran royale yang dibangunkan percuma buat konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC. Menariknya, permainan ini mempunyai sokongan integrasi bersama platform penstriman Twitch di mana penonton dan pemain boleh berinteraksi melaluinya di mana penonton boleh mengundi beberapa acara yang akan berlangsung di dalam sesi permainan tersebut seperti fungsi peluru tanpa had ataupun kesan graviti rendah.

Buat masa ini, pelancaran di konsol PlayStation 4 dan Xbox One masih belum diumumkan.

Pada masa yang sama, Ubisoft juga berkongsi satu video acah sinematik buat permainan tersebut yang mana ia memperlihatkan beberapa watak dan dunia di dalam permainan tersebut yang sedikit sebanyak mengingatkan kami akan dunia Ready Player One, terutamanya aspek dunia realiti-maya yang terdapat di dalamnya bersama penggodam.

Sohor Kini