Skip to main content

Ketika Acara Ubisoft Forward yang berlangsung sebentar tadi, Ubisoft akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan Watch Dogs Legions akan dilancarkan pada 29 Oktober 2020 ini.

Menurut mereka, permainan tersebut akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC melalui Epic Games Store dan Uplay. Ubisoft juga mengesahkan ia turut akan tiba di Stadia pada tarikh yang sama. Bagi versi PlayStation 5 dan XBox Series X, ia masih belum diumumkan namun Ubisoft mengesahkan bahawa pernaik-tarafan ke generasi seterusnya akan tiba secara percuma.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Watch Dogs Legion menyertakan konsep bermain sebagai sesiapa yang mana kesemua watak yang terdapat di dalam permainan ini boleh dimainkan dan direkrut sebagai pemain.

Melalui video acah diatas, Ubisoft juga memperlihat beberapa watak penjahat yang akan pemain tempuhi di mana salah satunya adalah Nigel Cass, iaitu ketua askar upahan Albion yang cuma mengawal bandaraya London selepas pengganas mula berkuasa.

Pada masa yang sama, Ubisoft juga berkongsi satu video filem pendek khas yang dihasilkan oleh Alberto Mielgo di mana ia memperlihatkan bandaraya London ketika berlakunya bencana di London tersebut.

Anda juga boleh tonton bentuk permainan Watch Dogs Legion dengan lebih terperinci melalui video di atas, di mana mereka memperlihatkan bentuk permainan pelbagai watak yang pemain boleh guna di mana setiap satunya mempunyai kemahiran berbeza.

Leave a Reply