Setelah tertirisnya laman kedai atas-talian PSN Store berkenaan Far Cry 6, terkini tampaknya video acahnya pula tertiris yang mana ia memperlihatkan secara rasmi bahawa permainan tersebut akan dilancarkan pada 18 Februari 2021 ini di konsol PlayStation 4, PlayStation 5, XBox One, Xbox Series X dan juga di PC melalui Uplay, Epic Games Store bersama versi Stadia.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Far Cry 6 akan diumumkan secara rasmi pada acara Ubisoft Forward pada Isnin ini dan tampaknya pelbagai permainan oleh Ubisoft sudah tertiris termasuklah Assassin’s Creed Valhalla.
Bagi anda yang ingin tonton video acah tersebut, anda boleh ke pautan Reddit ini. Kami di Aksiz juga pasti akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak ketika acara Ubisoft Forward.