Skip to main content

Setelah beberapa kali tertiris bentuk permainannya, tampaknya kali ini tarikh pelancaran Assassins’s Creed Valhalla pula tertiris di mana ia akan dilancarkan pada 17 November 2020 ini.

Tarikh pelancaran tersebut tertiris melalui kenyataan rasmi oleh akaun Instagram rasmi Assassin’s Creed buat negara Itali di mana mereka secara tidak sengaja memuat-naik satu video yang memperlihatkan iklan khas permainan tersebut bersama tarikh pelancarannya. Namun, kenyataan tersebut telah pun dipadamkan.

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh pengguna Reddit Pipos666, video tersebut memperlihatkan yang mana pemain akan bermain di dalam dunia Viking seperti yang dipasarkan oleh Ubisoft sebelum ini dan menariknya pemain berupaya untuk memakai penutup kepala secara terus melalui permainan ini.

Semestinya tidak banyak yang dikongsikan dan kami percaya ketika acara Ubisoft Forward yang bakal berlangsung Isnin ini akan memperlihatkan lebih banyak informasi lanjut berkenaannya.

Assassin’s Creed Valhalla akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One, PC dan Stadia bersama-sama di konsol generasi seterusnya iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Leave a Reply