Skip to main content

EA hari ini akhirnya mengumumkan permainan seterusnya untuk simulasi sukan MMA iaitu UFC 4 di mana ia akan dikeluarkan pada 14 Ogos ini untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Atlit UFC yang akan menjadi muka depan kali ini adalah Jorge Masvidal dan Israel Adesanya. UFC 4 boleh mula di pra-tempah melalui PS Store ataupun Xbox Store dengan harga RM249. Pemain yang pra-tempah akan mendapat dua atlit eksklusif iaitu Tyson Fury dan Anthony Joshua iaitu peninju terkenal.

Buat masa ini, UFC 4 hanya diumumkan untuk konsol generasi terkini, jadi tidak disahkan lagi jika ia akan hadir untuk konsol generasi depan dan juga sama ada akan menerima naik taraf percuma.

Leave a Reply