Informasi Permainan Video Terkini
Persona 4 Golden Di Steam Mencapai 500,000 Pemain
PC

Persona 4 Golden Di Steam Mencapai 500,000 Pemain

Diterbitkan pada July 11, 2020 oleh .

Lanjutan daripada pelancaran Persona 4 Golden di PC melalui Steam pada bulan lepas, terkini Atlus mengumumkan yang mana permainan tersebut kini mencapai 500,000 jumlah pemain sebulan selepas ia dilancarkan.

Semestinya ini merupakan satu nilai yang tinggi untuk permainan yang telah dilancarkan pada 2012 lepas di konsol PlayStation Vita dan untuk sekali lagi mencapai jumlah yang banyak, semestinya ia adalah satu kejayaan bagi pihak Atlus.

Bersempena dengan itu, SHigenori Soejima iaitu pereka watak di dalam permainan tersebut juga menghasilkan satu karya khas yang anda boleh lihat di kenyataan rasmi Twitter Atlus di atas.

Persona 4 Golden merupakan versi penambahan untuk Persona 4 yang asalnya dilancarkan di konsol PlayStation 2 beberapa tahun lepas. Versi Golden merupakan versi lengkap yang tiba di konsol PlayStation Vita dan kini melalui versi Steam, ia juga menerima pelbagai pernaik-tarafan visual. Bagi anda yang berminat, Persona 4 Golden hanya dijual dengan harga bermula RM79 melalui Steam.


TIPS & ULASAN