Informasi Permainan Video Terkini
Bakugan: Champions Of Vestroia Diumumkan Buat Konsol Switch – Bakal Tiba November Ini

Bakugan: Champions Of Vestroia Diumumkan Buat Konsol Switch – Bakal Tiba November Ini

Diterbitkan pada July 11, 2020 oleh .

Ketika acara Nintendo Treehouse hari ini, mereka mengumumkan permainan baharu oleh WayForward dan Warner Bros Interactive Games iaitu Bakugan: Champions Of Vestroia akan dilancarkan di konsol Switch pada 3 November 2020 ini.

Permainan ini merupakan permainan RPG berdasarkan siri anime Bakugan: Battle Brawler di mana ia menyertakan makhluk “Raksasa” di dalam bentuk kapsul dan pemain akan bertempur sesama sendiri seakan Pokemon.

Menurut pembangun, permainan ini akan menyertakan bentuk solo dan juga multi-pemain secara atas-talian di mana pemain berupaya untuk mengumpul pelbagai jenis makhluk Bakugan dan pada masa yang sama menemui pelbagai jenis watak di dalam permainan ini.

Bagi anda yang meminati siri Bakugan, semestinya ini adalah permainan terlengkap untuk siri tersebut dan anda boleh dapatkannya menjelang November ini.


TIPS & ULASAN