Awal bulan ini, CryTek mengumumkan yang mana permainan Crysis Remastered akan ditunda beberapa minggu atas sebab mereka ingin tingkatkan kualiti permainan tersebut.
Terkini, tampaknya versi Switch buat permainan tersebut masih lagi akan dilancarkan pada tarikh yang sama iaitu 23 Julai 2020 ini. Bagi anda yang berminat, ia boleh dipra-tempah melalui Nintendo eShop dengan harga $29.99(~RM128)
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan Crysis, ianya adalah permainan penembak pandang pertama oleh Crytek yang mana ianya mula dilancarkan pada 2007 lepas dan menjadi sangat terkenal atas sebab visual permainan tersebut yang menawan dengan penggunaan CryEngine dan sering menjadi bahan jenaka atas keperluan spesifikasinya yang tinggi.
Pelancaran ini mungkin juga atas sebab video acah yang tertiris sebelum ini sudah mencukupi untuk konsol Switch atas spesifikasi yang lebih rendah. Meskipun begitu, sekurang-kurang pemain Switch berupaya untuk bermainnya lebih awal walaupun mungkin visualnya tidak setaraf versi lain.
Bagi versi lain iaitu konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.