Sebelum ini, 2K Games mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan gusti berbentuk kartun berdasarkan siri WWE, iaitu WWE 2K Battlegrounds di mana hari ini, tarikh pelancarannya diumumkan secara rasmi iaitu ia akan tiba pada 18 September 2020 ini.

Menurut 2K Games, permainan ini akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, WWE 2K Battlegrounds adalah permainan gusti yang lebih kasual dan arked di mana ia menyertakan pelbagai watak-watak daripada siri gusti WWE. Menariknya, ahli gusti klasik seperti Stone Cold juga akan tiba di dalam permainan ini dan pemain berupaya untuk bermain mod solo ataupun mod multi-pemain secara luar talian ataupun atas-talian.

Bagi anda yang berminat dengan permainan ini, anda boleh dapatkannya menjelang September ini.

Sohor Kini