Chilling Adeventures of Sabrina adalah siri TV mengisahkan seorang gadis dengan kuasa sihir. Ini kerana satu keluarga Sabrina adalah ahli sihir dan ia mengisahkan pertempuran dengan jin, syaitan dan banyak musuh lain. Sabrina turut dibantu oleh rakan-rakan beliau yang merupakan manusia biasa. Siri TV ini mempunyai dua musim yang dipecahkan kepada empat bahagian. Tiga bahagian sudah disiarkan dan bahagian keempat akan tiba hujung tahun ini.

Semalam kami telah melaporkan yang siri TV ini dibatalkan oleh Netflix. Tiada sebab yang jelas kenapa ia dibatalkan, tetapi apabila masa telah tiba – tiada apa yang boleh dilakukan. Baru-baru ini, penerbit bagi siri TV ini mengacah bahagian kelima yang berjudul Witch War. Menariknya bahagian kelima ini adalah rentas-siri dengan Riverdale. Namun disebabkan siri TV ini sudah dibatalkan, kita tidak akan dapat lihatnya di layar platform penstriman. Akan tetapi, Witch War ini akan diteruskan dalam bentuk komik.

Saya sendiri adalah peminat Riverdale dan rasakan ia adalah siri TV yang menarik. Ia, ada cringe sedikit tetapi ia memuaskan dan menggerunkan. Dunia misteri jenayah bertemu dengan sihir adalah gandingan menarik yang patut diperlihatkan. Apa kata anda?

Sohor Kini