Skip to main content

Geoff Keighley iaitu penerbit dan pencipta acara anugerah permainan video The Game Awards hari ini melancarkan satu dokumentari khas iaitu The Final Hours of Half-Life: Alyx, di mana ia memfokuskan bagaimana permainan Half-Life: Alyx dilancarkan.

Melalui dokumentari tersebut, ia memperlihatkan bagaimana permainan tersebut dibangunkan termasuklah beberapa informasi berkenaan Half-Life 3, termasuklah kandungan khas untuk mengembara di dalam ofis Valve Software.

Siri “Final Hours” oleh Geoff Keighley merupakan dokumentari di sebalik tabir untuk pembangunan permainan video yang mana beliau mula laporkan di GameSpot sejak 1998. Terkini, sebagai satu sambungan buat laporan beliau untuk “The Final Hours Of Half-Life”, dokumentari ini memfokuskan permainan realiti-maya yang dilancarkan pada Mac lepas.

Bagi anda yang berminat, dokumentari ini dijual dengan harga RM23.50 melalui Steam yang mana ia menyertakan pelbagai kandungan, dokumen dan juga informasi berkenaan pembangunan permainan Half-Life: Alyx dan juga garis masa pembangunannya.

Menariknya, dokumentari tersebut boleh di akses secara terus melalui aplikasi Steam setelah anda membelinya dan ia tidak memerlukan sebarang set kepala realiti-maya.

Leave a Reply