Beberapa tahun lepas, Superhot Team mengumumkan permainan pernambahan kenderi iaitu SuperHot:Mind Control Delete di mana ia dilancarkan secara akses awal melalui Steam.

Terkini setelah beberapa tahun ia dilancarkan sebagai permainan akses awal, Superhot Team akhirnya mengumumkan permainan tersebut akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Julai 2020 ini di konsol PlayStation 4, XBox One dan PC melalui Steam, GOG, Epic Games Store dan Origin.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, SuperHot: Mind Control Delete merupakan permainan sampingan berdasarkan permainan asal SuperHot di mana ia menyertakan beberapa bentuk dan kandungan permainan baharu. Menariknya, dari segi penceritaan, pembangun juga menyatakan permainan ini akan menyertakan beberapa kandungan baharu buat dunia permainan tersebut.

Superhot Team juga menyatakan buat mereka yang sudah memiliki permainan Superhot di konsol mahupun di PC, mereka juga akan menerima permainan ini secara percuma apabila ia dilancarkan minggu hadapan. Untuk informasi lanjut bagaimana untuk mendapatkan permainan ini secara percuma, anda boleh baca di laman rasmi Superhot.

Jadi bagi anda yang ingin dapatkan permainan secara percuma, pastikan anda membeli permainan SuperHot di mana-mana platform pilihan anda.

Sohor Kini