Kejohanan Dalam Talian Terbesar PUBG Mobile Ditunda Ke Esok

Kemaskini: Peganjuran PUBG Mobile World League telah ditunda sehingga esok kerana masalah mengakses PUBG Mobile di peranti iOS.


Artikel Asal: PUBG Mobile World League (PMWL) merupakan kejohanan yang buat julung kali dianjurkan, dengan melibatkan 40 pasukan ia adalah kejohanan dalam talian terbesar untuk permainan PUBG Mobile, dan ia akan bermula pada pukul 8 malam ini.

40 pasukan tersebut dibahagikan kepada dua liga besar iaitu Timur dan Barat. Mereka akan merebut hadiah terkumpul sebanyak $850 ribu (~RM3.6 juta). Berikut adalah pasukan untuk setiap liga.

Selepas minggu pembukaan iaitu bermula hari ini sehingga 12 Julai, pasukan akan dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk setiap liga, di mana mereka akan bertempur selama tiga minggu setiap hari Selasa dan Rabu.

16 pasukan terbaik dari pusingan tersebut akan bertanding pula di pusingan “Super Weekend” yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 Julai, di mana mereka akan bertanding untuk World League Points dan juga hadiah wang tunai. Ia akan terus berlangsung untuk 3 Minggu lagi selepas itu.

Berdasarkan jumlah World League Points, 16 pasukan terbaik akan layak ke peringkat akhir PUBG Mobile World League yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos untuk setiap liga.

Penstriman langsung untuk kejohanan ini akan berlangsung di channel Youtube PUBG Mobile dan untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Facebook rasmi mereka.

Sohor Kini