Bulan lepas, Modus Games mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Remothered: Broke Porcelain pada bulan Ogos ini dan kini, mereka menyatakan permainan tersebut akan ditunda.
Tarikh baharu permainan tersebut adalah 20 Oktober 2020 dan seperti yang diumumkan sebelum ini, ia akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.
Menurut Modus Games, penundaan permainan tersebut disebabkan mereka ingin tingkatkan kualiti permainan tersebut sekaligus mereka memerlukan masa untuk membangunkannya. Tambahan itu, memandangkan ia akan tiba Oktober ini, penerbit juga menyatakan ia akan dilancarkan di bulan Halloween yang mana pasti akan menarik minat ramai peminat siri permainan seram.
Remothered: Broke Porcelain merupakan permainan seram yang memfokuskan rumah penginapan Ashmann yang bermisteri. Melaluinya, permainan ini akan memfokuskan bentuk permainan pertahanan hidup dan juga elemen seram dan pemain perlu mencari jalan dan bertahan di dalam rumah penginapan tersebut.
Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang Oktober ini