Beberapa tahun lepas, kami melaporkan yang mana Takara Tomy melancarkan satu siri anime baharu Zoids iaitu Zoids Wild bersama dengan permainan video yang dilancarkan tahun lepas buat pasaran Jepun.

Terkini, Outright Games mengumumkan yang mana mereka akan menerbitkan permainan tersebut iaitu Zoids Wild: Blast Unleashed buat konsol Switch pada 16 Oktober 2020 ini.

Zoids Wild: Blast Unleashed merupakan permainan pertempuran 3 dimensi di mana pemain berupaya untuk menggunakan pelbagai jenis robot mecha Zoids. Permainan ini juga akan menyertakan bentuk penceritaan yang pemain boleh main secara solo.

Jadi bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang Oktober ini.

Sohor Kini