Tropico 6 Boleh Dimainkan Secara Percuma Sehingga 12 Julai Di Steam

Limbic Entertainment dan Kalypso Media akhirnya melancarkan DLC terbaru untuk permainan simulasi pengurusan bandar mereka Tropico 6 iaitu Lobbyistico, melaluinya ia membolehkan pemain untuk menyertakan European Union bagi mendapatkan pelbagai kelebihan untuk bandar anda. Ia ditawarkan dengan harga RM19.97 buat sementara waktu.

Bersempena dengan itu, mereka juga membolehkan pemain untuk mencuba permainan asas Tropico 6 secara percuma bermula sekarang sehingga 12 Julai ini. Jika selepas 3 hari mencuba dan anda inginkan mendapatkannya, ia juga ditawarkan dengan harga promosi RM48 iaitu potongan sebanyak 40%.

Tropico 6 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga diumumkan untuk Switch tetapi masih tiada tarikh pelancaran.

Cuba Tropico 6

Sohor Kini